Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation 2024
Majlis Amanat YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

5 Februari 2024: Majlis itu telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (GCEO), Dato’ Julainie Mohd Salleh diberi penghargaan menyampaikan perkongsian bertajuk “Pengukuhan Tadbir Urus dan Kemampanan Agensi serta Anak Syarikat” kepada para tetamu.

Hadir sama, Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang; Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi semua syarikat milikan agensi yang bernaung di bawah KKDW.